twitter

apa yang JTMP akan lakukan kepada sampel tubuh anda?

assalammualaikum :)

bila korang rasa tak sedap badan, sakit perut, batuk-batuk, demam, sakit waktu kencing atau ape saje rasa sakit mesti korang akan rujuk ke klinik atau hospital kan? tak kisah la dekat mana pun prosedurnya sama je.

lepas doctor tu check dorang akan bagi ko borang yang menyuruh ko pergi makmal. tapi atas penyakit jugak, if ko diminta ambil darah ko kena pergi jumpa misi atau medical assistant (MA) dulu. lepas tu baru hantar sampel darah ko ke makmal.

okey. lepas sampai makmal, ko letak borang tu dalam bekas penerimaan. kalau makmal tak sibuk nama ko akan dipanggil dalam kadar segera oleh Juru teknologi makmal perubatan (JTMP) dan JTMP tersebut akan bagi ko bekas untuk pengumpulan sampel bergantung kepada test yang doctor mintak kami buat. antara test yang biasanya dijalankan di makmal adalah; (Click Continue Reading)




Patologi Kimia

- Renal Profile
- Lipid Profile
- Liver Function Test
- Cardiac Enzim
- Total Bilirubin
- Blood Glucose
- Calsiumn, Magnesium, Phosphate
- T4, TSH T3
- HB A1C
- Urine FEME


Kaji darah (hematologi)
- Full Blood Count
- ESR
- G6PD
- PT / APTT / INR

Tabung Darah (blodd bank)
- Pengumpulan Darah ABO
- Keserasian Darah

Kaji Kuman (mikrobiologi/parasitologi)
- Sputum AFB
- BFMP
- Stool FEME
- Stool O/B
- Urine Pregnancy Test
- Gram Stain. 


// setiap ujian yang dilakukan bergantung kepada alatan atau mesin didalam makmal tersebut. kalau makmal yang ko pergi tu takde mesin atau alatan atau reagent untuk jalankan ujian ko, kami akan hantar sampel ko ke hospital besar atau makmal lain yang ade alatan atau mesin atau reagen untuk ujian ko dilakukan.

kencing la dalam saya!

kalau JTMP tu bagi bekas tutup kuning yang mintak ko ambil sampel air kencing. jadi sila la ambil ye. kencing separuh bekas je. tak payah kencing sampai penuh-penuh. biasanya untuk air kencing kami akan jalankan ujian urin c&s, urin FEME, Microalbumin, Urine pregnancy test, drug induced etc.

// pengalaman menjalankan Urin FEME test dan RBS

cepat ludah kahak awak kedalam saya.

okey, bagi ko yang kerap batuk-batuk tak berhenti dah dekat 2 minggu cepat-cepat la check!!!!! kami akan bagi kamu bekas ni untuk kamu isi dengan sampel kahak dan kami akan bagi ko 3 unit bekas ni. jadi silalah kahakkan bekas ni setiap awal pagi untuk 3 hari dan selepas tu hantar bekas ni ke makmal untuk kami jalankan ujian sputum AFB. tujuan ujian ni dijalankan untuk pastikan sama ada ko dijangkiti Mycobacterium Tuberculosis atau tidak atau senang kata nak confirm yang ko ni batuk-batuk disebabkan ko positif tibi ke tidak.

sila tahikkan saya.

wokeh, kalau doctor mintak jalankan ujian stool feme, stool c&S atau ape saje yang berkaitan, kami akan bagi ko botol ni dan satu putik kapas (aaa lupe nama alat ni -.-) untuk ko calitkan najis dekat dubur dan masukkan putik kapas tu dalam botol ni. tujuan dilakukan ujian ni untuk confirm dalam najis ko tu ada cacing ke tidak.

untuk entry berkaitan ;

1) bebaskan diri kita dari dijajah cacing pita (Tape Worm)

2) perihal salmonella typhi

oh ye, untuk setiap sampel yang ko ambil. sila sila sila sila ambil dengan penuh kewaspadaan supaya result yang terhasil adalah tepat.

kalau ko ada bagi tiub-tiub yang berwarna yang berisi sampel darah dan doc mintak buat test Full Blood Count (FBC), Fasting Blood Sugar (FBS) and etc, sampel darah yang ko dah ambil tadi kami akan run terus je. dalam masa 4-5 minit dah siap dan result ko terus key in masuk data. ko pon pergi la jumpe doctor balik untuk pemeriksaan lebih lanjut. Masa yang kami ambil untuk jalankan ujian bergantung kepada test yang doctor mintak. ada yang makan masa 1jam, 2-3jam atau beberapa hari.

ni la sedikit sebanyak kerja yang aku lakukan semasa aku berpraktikal di KK pasir Mas. banyak pengalaman yang aku dapat semasa bertugas disana. alhamdulilah. naik sem 6 nanti aku akan bertugas di hospital pulak. sem 6 merupakan sem terakhir. harap aku dapat buat yang terbaik. insyaAllah.

//setiap sampel akan dilabel dengan maklumat diri ko so jangan takut kalau sampel tetukar ke ape sebab insyaAllah takkan jadi perkara sebegitu :)

ini adalah serba sedikit pengetahuan anda tentang tugas kami JTMP. sooo jangan keliru dan samakan kami dengan MISI. pfff -.-