About Us

1Kampus.com
Laman web yang diasaskan dari laman web myfwen.com yang telah diwujudkan pada tahun 2007 dan mempunyai ahli seramai hampir 5000 ahli. Kemudian pengkalan data myfwen yang terletak di Toronto, Canada menghadapi masalah yang telah menyebabkan ke semua data telah hilang.
Pada akhir tahun 2009, myfwen digantikan dengan laman web yang dikenali dengan nama Komuniti 1 Kampus. Beberapa bulan selepas Komuniti 1 Kampus dibangunkan, Komuniti 1 Kampus terpaksa ditutup disebabkan kos server yang tinggi menyukarkan 1 Kampus untuk beroperasi.
Kini pada Disember 2010, Komuniti 1 Kampus, bangkit semula untuk memberikan perkhidmatan kepada semua golongan. Sehubungan dengan itu, sokongan anda amat diperlukan dalam mengembangkan usaha murni Komuniti ini.
Maksud disebalik 1 Kampus
Satu, mewakili semua ahli komuniti, dimana semua ahli adalah sama, tidak mengira golongan, agama, jantina mahupun warna kulit. Satu juga mewakili nilai kerjasama dan bersatu pada, dimana saling bantu membantu antara satu sama lain sebagai satu identiti.
Perkataan kampus pula digunakan sebagai simbolik untuk mewakili sebagai pertukaran dan perkongsian ilmu, dimana kampus (universiti) adalah instituisi tertinggi untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
Matlamat Komuniti 1 Kampus
Bertindak sebagai platform pertukaran maklumat, pandangan dan ilmu pengetahuan, disamping ahli dapat mengenali antara satu sama lain melalui komuniti yang disediakan. Komuniti yang terbuka untuk semua lapisan umur.
Crew 1 Kampus
Mereka adalah tulang belakang dalam menjayakan komuniti 1 Kampus, memberikan komitmen yang penuh dalam memastikan 1 Kampus mendapat tarikkan umum, terutamanya kepada pengguna yang mengunakan facebook sebagai platform utama kehidupan seharian. Pengambilan crew adalah berdasarkan komitmen yang diberikan sepanjang tempoh 1 Kampus diwujudkan. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai crew 1 kampus, anda boleh terus berhubung terus melalui mesej kepada administrator 1 kampus melalui profile. 1 Kampus mengalu-alukan mereka yang berminat menjadi crew.
Pautan 1 Kampus
Selain berhubung menerusi laman web rasmi 1 kampus, anda digalakkan untuk bersama 1 kampus menerusi pautan Facebook dan Twitter. Berikut adalah pautan untuk memudahkan sebarang penyebaran maklumat terus kepada anda.
- Facebook Application : http://facebook.com/1Kampus (Like Us)
- Facebook Group : http://facebook.com/home.php?sk=group_175975279087561
- Twitter : http://twitter.com/1kampus (Follow us)



